Thursday, August 20, 2009

TAHNIAH !!!!!!

Dua tokoh UTM terima Anugerah Merdeka

Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my




Jasa Tun Fatimah, Dr Halimaton dan Lim Phaik Gan turut diiktiraf sebagai lambang wadah jati diri anak Malaysia

ANUGERAH Merdeka edisi kedua kali ini diberikan kepada empat tokoh yang banyak berjasa kepada negara dalam pelbagai bidang kepakaran masing-masing. Anugerah berprestij setaraf Hadiah Nobel itu adalah untuk mengiktiraf dan menghargai individu serta organisasi yang memberi sumbangan ulung kepada kebaikan dan kemajuan negara.

Anugerah atas inisiatif Petronas yang turut diasaskan bersama ExxonMobil dan Shell itu juga bertujuan meraikan semangat jati diri kemerdekaan serta mengiktiraf dan menghargai kehebatan penerima yang rangka kerja dan kepakaran mereka memberi kesan jangka panjang kepada negara dan rakyat keseluruhannya.



Empat pemenang anugerah kali ini adalah bagi kategori Pendidikan dan Komuniti; Kesihatan, Sains dan Teknologi; Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia dan Pencapaian Ulung Akademik terpilih termasuk dua ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Naib Canselor UTM, yang juga kolumnis Berita Harian, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, dipilih memenangi Anugerah Merdeka bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik; Profesor Kimia UTM, Prof Dr Halimaton Hamdan (Kesihatan, Sains dan Teknologi); bekas Menteri Wanita pertama, Tun Fatimah Hashim dan wanita pertama sebagai Wakil Tetap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Lim Phaik Gan masing-masing berkongsi anugerah kategori Pendidikan dan Komuniti.

Zaini dan Halimaton masing-masing akan menerima wang tunai RM500,000, sijil dan tropi manakala Fatimah dan Lim masing-masing menerima RM250,000, sijil dan tropi. Majlis penyampaian Anugerah Merdeka 2009 akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Filharmonik Petronas pada 19 Oktober ini.

Bagaimanapun tiada pemenang bagi anugerah kategori Alam Sekitar tahun ini kerana tiada yang layak.

Zaini dipilih atas sumbangan besarnya dalam pelbagai isu alam sekitar dengan pengkhususan bidang bekalan air, sistem pembetungan, pemulihan sungai dan ekologi industri. Anak kelahiran Kampung Johol, Inas, Negeri Sembilan itu adalah jurutera profesional alam sekitar, pemimpin akademik, ahli motivator, penganalisis serta penulis yang mempunyai sejarah panjang dari segi pencapaiannya.

Beliau adalah pakar dalam bidang kejuruteraan air, pengurusan bersepadu ekosistem, industri ekologi. Malah beliau juga tokoh akademik bertaraf antarabangsa yang banyak menabur jasa dalam banyak pertubuhan berprestij dan badan penasihat sebagai profesor pelawat dan perunding dalam bidangnya.

Selain menjadi Naib Canselor termuda pada usia 44 tahun, Zaini turut terbabit secara langsung sebagai penasihat teknikal dalam rundingan tuntutan Selat Tebrau antara Malaysia-Singapura, perunding utama program pemulihan sungai di Johor Bahru dan Felo Institut Kejuruteraan Kimia, United Kingdom.

Beliau sudah mendaftarkan 20 harta intelek yang dimiliki bersama dengan pelajarnya dan mengkomersialkan enam daripadanya yang kini digunakan di seluruh dunia. Lebih 200 hasil kajian, 14 buku dan 1,000 artikel mengenai alam sekitar dan bidang pengajian tinggi dihasilkannya sudah diterbitkan dan kini menjadi rujukan pelajar di institusi pengajian tinggi, dalam dan luar negara.

Pada 2005, beliau turut dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa teknikal untuk menasihatkan kerajaan Negeri Sembilan mengenai krisis air di Seremban manakala pada 2004 penerima Anugerah Air Malaysia (Penyelidik) dan Anugerah Melayu Cemerlang (Akademik) 2006.

Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA, 2004-2005, London), dan berkhidmat sebagai Penolong Presiden Persatuan Air Malaysia (2007-2009).

Mengulas kejayaannya itu, Zaini yang juga Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia menganggap anugerah itu cukup besar dan bererti bukan saja kepada dirinya malah kepada keluarga, seluruh warga UTM dan komuniti akademik di negara ini.

Semua mereka, katanya turut menyediakan ekosistem yang mendorongnya memberi sumbangan khusus kepakaran dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.

"Ekosistem akademik yang baik dan merangsang adalah prasyarat kepada kejayaan dan kemunculan tokoh dalam bidang akademik, termasuk penyelidikan, pengajaran dan komitmen berterusan terhadap sesuatu disiplin ilmu.

"Ekosistem yang merangsang akan meningkatkan tahap komitmen dan kualiti kepemimpinan dan membolehkan seseorang memberi sumbangan bermakna dalam sesuatu bidang dan disiplin ilmu.

"Anugerah Merdeka adalah salah satu inisiatif penting untuk memberi pengiktirafan dan sekali gus meningkatkan profil komuniti akademik, aktivis masyarakat dan penyumbang kepada bidang penting kepada kemajuan, kemakmuran dan kemerdekaan negara dalam erti kata sebenar," katanya.

Pemilihan Prof Halimaton, 53, yang mempunyai latar belakang dalam bidang kimia, untuk kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi berikutan sumbangannya yang banyak dalam bidang penyelidikan sains.

Beliau menemui dan menukarkan sisa sekam padi daripada jenama Maerogel (Aerogel Malaysia) dengan kaedah berteknologi tinggi untuk pelbagai kegunaan dengan kos lebih murah dan mesra alam. Aerogel asal dicipta pada 1931 oleh saintis Amerika Syarikat, tetapi menggunakan kos pengeluaran yang tinggi dan hanya dikomersialkan secara terhad.

Kaedah yang digunakan Halimaton dapat mengurangkan kos aerogel sebanyak 80 peratus (iaitu antara AS$300 hingga AS$60 untuk 3.5 auns). Kadar itu sangat munasabah dan boleh digunakan secara meluas.

Aerogel ialah penebat haba yang 37 kali lebih berkesan serta bahan yang amat tahan serta sering digunakan dalam pembuatan raket tenis dan skuasy. Selain itu, aerogel juga dapat mengurangkan tekanan mekanikal lebih 2,000 kali ganda dan sesuai untuk membuat panel bom.

Sementara itu, Fatimah, 85, yang dilahirkan di Parit Kurma, Muar mengulangi kejayaan anaknya, yang turut memenangi anugerah Kesihatan, Sains dan Teknologi tahun lalu iaitu Profesor Datuk Dr Khalid Kadir, kerana sumbangannya yang hebat dalam kepemimpinan dan pergerakan bagi menaikkan taraf golongan wanita di negara ini.

Karier beliau dalam bidang politik juga amat menyerlah serta pernah dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am dan turut bekerja keras untuk memperbaiki status wanita dari segi mendapatkan peluang pekerjaan.

Lim, 91, pula yang pernah berkhidmat sebagai duta di beberapa negara, turut berkongsi anugerah dengan Fatimah, kerana aktif dalam kepemimpinan memperjuangkan pekerja di negara ini.

Pencapaian Lim dalam bidang politik, perundangan dan diplomatik dianggap hebat dan jarang dicapai oleh wanita lain di Malaysia. Malah beliau juga berjuang untuk mendapatkan skim bayaran gaji yang sama antara guru lelaki dan wanita.

INFO
Prof Datuk Dr Zaini Ujang - Penerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik

  • Pakar dalam bidang kejuruteraan air, pengurusan bersepadu ekosistem, industri ekologi.
  • Menjadi Naib Canselor termuda pada usia 44 tahun.
  • Penasihat teknikal dalam rundingan tuntutan Selat Tebrau antara Malaysia-Singapura, perunding utama program pemulihan sungai di Johor Bahru dan Felo Institut Kejuruteraan Kimia, United Kingdom.
  • Sudah mendaftarkan 20 harta intelek dan mengkomersialkan enam daripadanya yang kini digunakan di seluruh dunia. Lebih 200 hasil kajian, 14 buku dan 1,000 artikel mengenai alam sekitar dihasilkan beliau sudah diterbitkan.
  • Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA, 2004-2005, London) dan Penolong Presiden Persatuan Air Malaysia (2007-2009).

    Prof Dr Halimaton Hamdan - Penerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi
  • Menemui dan menukarkan sisa sekam padi daripada jenama Maerogel (Aerogel Malaysia) dengan kaedah teknologi tinggi dengan kos lebih murah dan mesra alam
  • Maerogel dapat mengurangkan kos aerogel sebanyak 80 peratus (iaitu antara AS$300 hingga AS$60 untuk 3.5 auns).

    Tun Fatimah Hashim - Penerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pendidikan dan Komuniti
  • Bekas Menteri Wanita pertama.
  • Pernah dilantik Menteri Kebajikan Am dan membela hak wanita mendapat pekerjaan.
  • Memberi sumbangan dalam kepemimpinan dan pergerakan bagi menaikkan taraf golongan wanita di negara ini.

  • Wednesday, August 19, 2009

    bersama raikan...










    enjoy detik2 hepy konvo... pic dari encik syed...
    http://www.facebook.com/home.php#/group.php?gid=74659197265

    clik kat situ kalo nk tegok more pic ok.. huhuhuh

    Saturday, August 15, 2009

    PENGUMUMAN

    salam semua.... di jemput semua student FKBSK untuk memeriahkan sesi sampaikan cenderhati BIOMEHS kepada senior2 yang bakal grad pada 16/08 sesi petang... so kepada yg nk memeriahkan susana bolehlah berkumpul di sekitar DSI pada pkul 4 ptg.. jangkaan majlis tamat pada pkul 4 ptg...
    harap maklum...

    Friday, August 14, 2009

    PBL Lab 2

    Tadi kitorang, pelajar tahun 4 telah menyiapkan experiment masing masing dan minggu ke empat adalah minggu presentation. Memang jadi lumrah minggu ke 4 untuk setiap bulan merupakan minggu paling tension untuk pbl lab. Anda harus menyiapkan experimen dalam 4 minggu ini dan membentangkan hasil kerja anda
    Semasa presentation akan ada panel panel yang terddiri darii pakar pakar fkbsk. Bergantunglah jika semasa presentation anda lecturer mana yang ingin melihat kerja anda. Tapi di sini saya ingatkan jika tajuk experimen anda adalah kepakaran lecturer lecturer yang killer atau pakar dalam bidang masing masing, jadi bersedialah untuk menepis segala hujah mereka. Contohnya and mendapat experiment mengenai ultrasound dan panel anda kebetulan Prof Madya Dr. Eko Supriyanto, jadi bersedialah. Hahaha. Kalau experiment anda mengenai human fisiology dan panel anda adalah Dr. Yusoff, bersedia jugaklah. Juga experimen kimia, Dr Bustanor, circuit En Najib, dan lain lain. Jadi dalam setiap experimen anda harus tahu apa yang anda buat.
    Jadi nasihat kitorang ikut cakap Prof Rashdi Shah, tau ape yang kita tau dan tahu apa yang kita tak tahu. Kalau korang menempuhi PBL lab nanti pastikan korang bersedia dahulu, huhu

    Sunday, August 9, 2009

    MT pelaksana mlam2 raye FKBSK

    salam perpaduan semua....
    setelah di teliti n di godek2.... ni adalah senarai mt2 yg terpilih untuk menjayakan Hari keluarga FKBSK 2009 , acara ni akan di adakan setiap tahun yg melibatkan semua warga FKBSK....miting pertama akan diadakan minggu depan jika ada kelapangan...

    pengarah program = mohd khairul anwar
    T/ pengarah = amir syahlan
    S/u = noraini ( ain)
    bendahari = siti balqis
    Mt Jamuan = Raziah ( K), shahrulamri
    Mt Peralatan = hadi ( K ), anip, akmal
    Mt Aktiviti = hidayah,afiza ( 4 seb), joana ( 3 seb),
    Mt hadiah = barizah, nadia,izdyan ( K )



    ni adalah senarai MT program yg baru di bentuk.. sebarang perubahan bleh berlaku bila2 masa mengikut keadaan....


    nyatakan pandagan n idea anda untuk hari keluarga.. coment yer... acara2 ke.. ape nk buat ke... nk dapat sponsor dari mana ke...



    tinta- presiden

    Friday, August 7, 2009

    Puisi; Maghrib

    Puisi ni aku hafal sejak 1999, darjah 6, aku deklamasi dalam pertandingan 3 kali sajak yang sama, darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 3. tiga tiga aku dapat juara(sekolah dan daerah). puisi yang tak sanggup untuk aku lupakan

    Maghrib menghamparkan cahaya perak
    bersama warna pelangi
    bagi menggantikan siang
    yang sudah mengakhiri tugasnya di bumi

    dari tempat tempat yang jauh
    burung burung kembali
    ke sarang masing masing
    sambil bernyanyi dan berkicau merdu
    seolah mengucapkan syukur
    keatas rahmat ilahi yang telah
    memberikan rezekinya pada pepohon
    hijau berbuah ranum

    lembayung pun perlahan lahan
    menutup sawah ladang
    perbukitan dan gunung ganang
    unggas dan rimba raya akan beristirehat
    dalam sebuah ketenangan yang kudus
    sementara menanti fajar esok
    yang tidak pernah berdusta

    cuma
    kota ini yang masih terus
    degil, sibuk dan angkuh
    memburu kepalsuan
    persis tak pernah mengenal
    erti rehat dan tidur
    dalam germerlap neon serta alunan muzik
    yang bergetar mendengdangkan lagu
    kedurjanaan
    kian banyak warganya yang mabuk
    terjebak ke lembah noda
    tanpa mempedulikan gemersik syahdu azan
    di puncak menara

    karya Zahari Hasid
    -LeoNeo1-

    Report Meering

    Pada 4 ogos lepas, kami telah mengadakan meeting mengenai pelaksanaan rancangan biomehs yang akan dibuat pada semester ini dan semester hadapan. Terdapat beberapa penguuman penting yang telah dibuat pada meeting tersebut.
    Antara aktiviti aktiviti yang telah dirancang ialah hari keluarga yang akan diadakan selepas hari raya. Perancangannya adalah untuk mengadakan sukan iaitu pada paginya dan juga majlis makan malam atau jamuan raya pada malamnya. Tarikh dan tempat akan ditetapkan apabila kertas kerja dibuat kelak. Jadi sama sama kita tunggu hari keluarga berkenaan. Sukan yang akan dijalankan pada hari keluarga tersebut adalah bola tampar, dan nama hari tersebut mungkin adalah 'sehari bertampar bersama biomehs'.
    Juga majlis malam pragraduasi telah dirancang untuk meraikan bakal bakal graduate atau senior tahun akhir. Tidak lupa juga kami telah merancang untuk memberi sedikit tanda ingatan kepada senior kita yang telah tamat dan akan mengambil ijazah graduasi atau konvo tidak lama lagi. Juga aktiviti yang dirancang adalah 1st year camp yang akan dijalankan pada semester hadapan. Kem ini adalah untuk mengeratkan dan memberi motivasi yang berguna kepada pelajar junior
    Aktiviti dari bahagian pendidikan pula adalah tutorial matlab dan c++ yang dirancang untuk dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat. Matlab dan c++ penting apabila anda melangkah ke tahun yang lebih tinggi.



    Baiklah, untuk aktiviti 'sehari bertampar' setiap badge akan menghantar 2 pasukan, 1 lelaki dan 1 perempuan, samada perandingan akan diadakan secara liga atau kalah mati, itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Kami akan merancang aktiviti ini dan jamuan raya dilakukan pada hari yang sama. Sama sama kita nantikan.
    Juga yuran kelab biomehs telah ditetapkan. RM5 bagi setiiap pelajar. Yuran ini akan digunakan untuk menjalankan aktiviti aktiviti yang dirancang pada semester ini, selain mencari dana dari sumber lain. Yuran hendaklah dibayar kepada wakil pada setiap badge dan diserahkan kepada bendahari, Faiz.
    Aktiviti aktiviti besar seperti 1st year camp, malam pragraduan dan sehari bertampar telahpun dibuat kumpulan AJK pelaksana. Pengarah program dan pembantu pengarah untuk aktiiviti aktiviti ini telah dilantik, tetapi ajk ajk lain masih dalam perbincangan. Oleh itu sekiranya ada di kalangan anda yang dipilih untuk menjadi ajk propgram, diharap anda memberi kerjasama sepenuhnya untuk melaksanakan program terbabit..
    Juga, cadangan tempahan jacket SEB, ada sesiapa yang ingin menampilkan design anda? Anda mempunyai design logo biomehs? Sila emailkan kepada saya, hunter_LeoNeo1@yahoo.com.

    Sekian terima kasih
    -LeoNeo1-

    Sunday, August 2, 2009

    Meeting 4 ogos 2009

    Tempat : Azah
    masa : 9 mlm

    agenda:
    haffizie akan membentangkan kertas kerja beliau mengenai acara sukan. sukan yang dipilih adalah bola tampar...mari sama sama menyaksikan perbentangan beliau
    lepas tu maybe akan membincangkan detail mengenai agenda meeting jumaat lepas

    jadi ahli jawatankuasa biomehs diharap dapat memberi kerjasama dan menghadiri meeting kali ini kerana komitmen anda akan menyenangkan proses kerja semua pihak... jangan sebab anda aktiviti aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan....

    terima kasih